welcome to my blog. please enjoy it
welcome ramadan
ramadan tiba ramadan tiba ramadan tiba ramadan tiba, marhaban ya ramadan marhaban ya ramadan marhaban ya ramadan. assalamualaikumwarahmatullahiwabaakatuh dan salam ramadan!! alhamdulilah syukur nikmat akhirnya kita dipertemukan kembali dengan ramadan pada kali ini pada tahun 1434 hijrah bersamaan 2013 masihi. *excited gila minah ni,
syukur umur masih panjang dan masih diberi kesempatan dari ALLAH untuk merasa berpuasa lagi pada tahun ni. tapi yang menyedihkan lagi sadis, pada tahun ni saya tak menyambut ramadan bersama-sama keluarga tercinta. itu paling sedih.
disebabkan atas urusan menyambung pengajian di kmk, pada tahun ni tak berkesempatan berpuasa bersama ayah, ibu, arin, dan juga haziq my beloved juga bersama teman-teman di jb. sedih beb. tapi dalam kesedihan saya berkesempatan untuk berpuasa bersama-sama teman baru di kedah. alhamdulilah .berpuasa di suasana baru dengan orang baru. ambil pengalaman baru. kan kan kan.
bulan ramadan ni la yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin dan muslimat oleh sebab bulan ini merupakan bulan yang amat mulia kerana diberi ganjaran pahala yang banyak jika kita melakukan amalan yang banyak dari ALLAH. tak lain tak bukan cuma pada bulan ni saja kita boleh buat solat sunat terawih. dekat kedah sini, malam puasa pertama ramai dah yang datang ke masjid bersama sama bersolat terawih. terasa tenang sangat. best sangat lorh. selain tu kita digalakkan untuk baca alquran. dan yang wajib bulan ni jela kita diwajibka berpuasa. ok hari ni first day of puasa. pagi pagi tadi kami bersahur maggi. nak ke cafe malas sebab cafe blok kami tak buka dan yang ada hanya cafe di blok lelaki. malas nak ke sana jauh sangat.
moga bulan ramadan kali ni akan membawa seribu makna buat kita semua. sinarilah bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia. moga amalan yang kita lakukan dapat diterima oleh ALLAH insya Allah.
assalammualaikum
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment