welcome to my blog. please enjoy it

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tentram." (Q.S. Ar-Ra'd [13]: 28)

kehidupan di kmk

assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. apa habaq semua? sihat kaa? hahaha ceh ceh ceh. terkeluar pulak loghat kedah. muaheheh. maaf eh almaklumlah dah sebulan ceq duduk dekat kedah ni, dah pandai dah cakap kedah. eh lupa, lama giler beb tak update blog ni. sarang harimau dah belambak dekat sini hah. haha. sorry tau. kte takda masa nak update la busy study. kat sini full pack giler. ni ada free haa time ni la boleh lenjan berblog. haha. terima kasih Ada bagi pinjam lappy kau. hahah.

pejam celik pejam celik dah sebulan dah kte ni duduk dekat kedah. alhamdulilah semua berjalan lancar. ok nak cerita ni pasal kehidupan dekat sini, meyh duduk rapat rapat dekat dekat ketat ketat sendat sendat kalau nak dengar ler. hihihi. *bajet minah nih. first day datang sini macam biasa ah agak blurr2 dah la tak ramai kawan. kte dapat roomate dari negeri p.pinang 2 orang yg bernama ranitha dan ezati. then lagi seorang dari perak iaitu rabiatul adawiyah a.k.a A.b. alhamdulilahh roomate ceq baik baik belaka. kadang kadang menggila jugak diorang. haha

kte dapat modul 1 dekat sini yang ada subjek biology chemist physic dan math. subjek tambahan ada dinamika agama bi muet .  first masuk kuliah dekat dewan besar ok tidur. dah la ber aircond memang sedap untuk tidur la. memang susah nak fokus walaupun dah segelen air nescafe gua telan. mata tetap tertutup. hihi. cara belajar kat sini lain daripada sekolah. kat sini waktu kelas dari pukul 8 sampai 1 ptg . 1 sampai 2 rehat. then sambung kelas dari pukul 2 sampai 4 ptg. lepak beb. then ptg tu free la sampai malam. kat sini lebih kurang asrama cuma takde prep. kalau nak belajar tu belajar la sendiri2 time waktu free ptg dan malam. 

biasanya kte akan riadah waktu ptg. best suasana kat sini. alhamdulilah kemudahan pun ok la. lebih baik ada daripada takde yedak? hihi.  then nak cerita pulak pasal rakan rapat dekat sini. first semestinya si faizah the bomb la. die la satu satunya kawan sekolah yang masih bersama. huhu. then, ada minah gwiyomi iaitu miss adaa ( zuhaidah ), cik ain si ketot, a.b cik topup, ayu si cina celop, dan aina si penakut. haha ok special name for them la. kalau nak pergi outing ke sure dengan diorang lah. lagipun bilik kteorang sebelah sebelah la. nak lepak pun dekat je. alhamdulilah ada jugak kawan baru yang dapat menerima diri ini dengan seadanya. huahuahua.  harap kekal la persahabatn kte ye sayang. hahaha. best beb kawan dengan diorang. macam macam perangai baru gua jumpa dekat sini.

kat sini pun banyak loghat loghat dari semua negeri. but JB always in my heart baby. dah dekat  sebulan dekat sini alhamdulilah dah boleh adapt dengan pembelajaran dekat sini. so take the challenge walaupun susah. eh susah boleh belajar pe. kan kan? kat sini ramai giler budak2 pandai jadi belajar lah daripada diorang. lama2 kte pun pandai jugak . hihi. ok lah penat bercerita nak out. 

assalammualaikum semua. doakan kesejahteraan saya disini ye. amin . enjoy the view.
:)








                                               
                                                 pemandangan kmk dari asrama